Apa Pra-Pemfaktoran
Pra-Pemfaktoran mewakili transaksi kewangan dan kemudahan tersendiri di mana Syarikat Pemfaktoran menyediakan pembiayaan pendahuluan kepada kontraktor atau vendor, memudahkan pembiayaan projek produk yang akan datang. Kebiasaannya, kontraktor akan menggunakan sumber kewangan ini untuk mengeluarkan dan menghantar barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan (Paymaster) mereka.
Tawarruq (Komoditi Murabahah)
Tawarruq melibatkan pertukaran komoditi patuh Shariah yang berfungsi sebagai asas untuk pengaturan pembiayaan. Ia ialah jualan yang mengunakan keadah kenaikan harga, dengan pelanggan (Kontraktor/Vendor) membuat pembayaran dalam tempoh yang dipersetujui secara tertunda. Urus niaga distrukturkan melalui dua atau lebih kontrak jual beli.