Apa itu Bai’ al-Dayn Bi Al-Sila’
BDBS atau Dagangan Hutang dengan Komoditi ialah konsep pembiayaan di mana pemilik hutang menjual haknya ke atas hutang sebagai pertukaran komoditi, kepada pihak lain pada harga yang dipersetujui. Dalam kes ini, pelanggan (Kontraktor/Vendor) hendaklah menjual hak mereka ke atas hutang kepada kami di Shoraka Global Capital Sdn. Bhd. (SGC).
Permohonan
Serahkan semua dokumen yang diperlukan kepada kami
Onboarding
Tempoh pengesahan akan mengambil masa sekitar 14 hari bekerja
Pengeluaran Tunai
Pemindahan pembayaran yang pantas dan boleh dipercayai daripada SGC kepada anda
TAWARRUQ DALAM BDBS – Mengikut prinsip Shariah BDBS melalui mekanisme Tawarruq, pelanggan (kontraktor/vendor) akan menukar piutangnya berdasarkan invois dengan komoditi daripada Shoraka. Selepas itu, pelanggan akan menjual komoditi kepada pihak ketiga.